Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1MDB: Tiada Surat Jaminan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menegaskan bahawa surat jaminan...

Kes Saman Rahim Terhadap...

KUALA LUMPUR - Kes saman bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim...

Senarai Calon BN Kelantan...

JELI - Senarai calon Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum...

Kolaborasi Taiwan Tourism Bersama...

FIVE Estec Travel Services Sdn. Bhd. kini sedang mengadakan promosi pakej percutian terbaik...

Pistol Dalam Kereta, Safee Sali Akan Dipanggil Polis

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil kenyataan pemain bola sepak Safee Sali dalam masa terdekat berhubung penemuan sepucuk pistol dengan peluru hidup di dalam kereta yang didaftar atas namanya semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan terperinci akan dijalankan dan memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Beliau berkata seorang suspek lelaki berusia 34 tahun, yang memandu kereta jenis Ford Ranger milik pemain bola sepak itu pada hari kejadian, telah ditahan.

“Biar polis buat siasatan dahulu… sesiapa yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Khalid mengulas laporan sebuah akhbar mengenai penemuan sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup di dalam kereta berkenaan dalam sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara.


Menurut laporan itu, Safee difahamkan telah menghantar kenderaannya ke kedai suspek untuk diubahsuai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori