PELAKON handsome pujaan ramai Saharul Ridzwan dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada September akan datang lapor sebuah portal.
Pemuda yang mula melonjak naik dan dikenali menerusi drama bersiri Hati Perempuan, ini juga pernah digosipkan bercinta dengan heroin drama itu iaitu Mia Ahmad.
Menurut sumber dari sebuah portal hiburan, bakal penyeri suri hati Saharul bukan dari kalangan selebriti tetapi orang biasa. Tambah sumber itu lagi, wanita tersebut sudah mengenali aktor ini sebelum dia menjejakkan kaki ke dalam industri hiburan tanah air.
Lebih menarik lagi, majlis perkahwinan itu akan diadakan di Putrajaya dan dikhabarkan juga warna tema majlis itu adalah royal blue.
Jika benarlah khabar angin yang bertiup itu, kami ucapkan tahniah kepada Saharul dan pasangan dan jika sebaliknya, kami tetap mendoakan supaya cepat bertemu jodoh.
Walau bagaimanapun, empunya badan masih lagi belum bersuara. Jadi sama-samalah kita nanti kenyataan rasmi dan khabar gembira dari pelakon pujaan ramai ini. – MYNEWSHUB.CC