SYDNEY  Seekor kodok yang tampaknya seakan-akan memiliki penis berukuran sangat besar membingungkan netizen di seluruh dunia sebelum pakar-pakar haiwan antarabangsa berjaya memecahkan misteri keanehan ini.
Foto kodok unik itu dimuat naik memerusi laman maya oleh seorang lelaki Australia, Keith Leech, pada 4 Mei lalu dan dalam foto tersebut, kodok berkenaan tampak memiliki alat kelamin jantan yang berukuran saiz jumbo.
Namun, pakar dunia haiwan global merungkai penjelasan soal fenomena ini dengan menyatakan bahawa kodok tidak memiliki batang zakar sehingga yang terlihat seperti penis itu dan kemungkinan besar itu adalah kakinya.
“Itu bukan kemaluan. Kodok memang tidak memiliki penis. Namun, batang zakar memang berevolusi daripada ‘kaki’ dalam perkembangan embrio sehingga itu kemungkinan adalah kaki tambahan,” kata Gerry Marantelli.
Penyelidik dari Pusat Penelitian Haiwan Amfibia Australia itu menjelaskan, organ reproduksi pada kodok jantan ialah sepasang testis dengan organ tambahan seperti kloaka, sebuah rongga di hujung jalur pencernaan.
Disebabkan kodok dari segi anatomi tidak memiliki penis untuk memancut air mani, sperma dikeluarkan daripada kloaka secara langsung oleh kodok jantan terus ke arah sel telur ketika kodok betina bersedia mengerami telurnya.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA