Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

303,856 Pemegang Kad MYPR...

KUALA LUMPUR - Seramai 269,899 pemegang kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) dan 33,957...

Video: Kejam! Ibu Pijak...

KECOH menerusi laman sosial apabila tersebar satu rakaman video yang menunjukkan aksi kejam...

Petronas Bina MRSM Bintulu...

BINTULU - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)...

Bakal Jemaah Haji Diberi...

PUTRAJAYA - Pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji akan dibuat selepas Arab Saudi...

Sambutan Hari Ibu Mingguan Wanita Tak Abai Golongan Susah

SHAH ALAM – Bagi meraikan Hari Ibu yang disambut pada Ahad minggu kedua bulan Mei, majalah Mingguan Wanita menganjurkan sambutan bersama pembaca mereka di Hotel Grand BlueWave di sini, pada Ahad.

Selain pembaca, golongan ibu tunggal, anak yatim dan asnaf turut dijemput bagi berkongsi kegembiraan majlis menerusi tajaan daripada individu dan beberapa badan korporat.

Hadirin yang hadir dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi Azian Mazwan Safuan dan Black Hanifah, selain dipelawa menyertai acara Guessing Mom’s Favourite, cabutan bertuah dan pertunjukan fesyen.

Penyanyi Black Hanifah menjadi tumpuan para ibu untuk bergambar 'wefie'.
Penyanyi Black Hanifah menjadi tumpuan para ibu untuk bergambar ‘wefie’.

Pada majlis sama, Kempen Bantu Wanita dengan objektif membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik seperti fakir miskin, ibu tunggal, warga tua dan orang kelainan upaya (OKU) turut dilancarkan.

Kempen Bantu Wanita – Mingguan Wanita mensasarkan lima teras meliputi semua golongan wanita yang memerlukan bantuan iaitu Kempen Bantu Wanita Asnaf / Golongan Fakir, Kempen Bantu Wanita Sakit Kronik, Kempen Bantu Wanita Ibu Tunggal, Kempen Bantu Wanita Usahawan dan Kempen Bantu Wanita Hak-Hak Wanita.


Sebahagian ibu yang diraikan pada sambutan Hari Ibu bersama Mingguan Wanita pada Ahad.
Sebahagian ibu yang diraikan pada sambutan Hari Ibu bersama Mingguan Wanita pada Ahad.

Antara penaja majlis ialah Grand BlueWave Shah Alam, Avon, Aidijuma, T3 Times Global, Spa & Therapy Centre, Persatuan Chef Muslim Malaysia, House of DRE, Step Two Hampers & Florist dan Hijrah Couture.

Majlis turut dihadiri Penerbit Eksekutif Grup Majalah Karangkraf Farah Hussamuddin, Editor Pengurusan Mingguan Wanita Nuri Supian dan Editor Mingguan Wanita Intan Rohaizat Zakariya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori