TRAGIS, seorang remaja sanggup menjadikan dirinya sebagai sasaran untuk dipanah bagi mengumpulkan dana membantu kakaknya yang menghidap penyakit kanser.
Menurut sebuah portal China, remaja berkenaan berbuat demikan di sebatang jalan di Hangzhou pada Isnin lalu.
Ji Jianli dirakam berdiri dengan posisi bersandar, sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya.
Lapor portal itu, Jianli mengenakan bayaran sebanyak 10 Yuan (RM6.22) untuk sekali panah dan di hadapannya terdapat sekeping papan tertera nombor akaun bank miliknya.
Difahamkan kos perubatan kakaknya, Ji Jiayan menelan belanja 500,000 Yuan (RM 31,0883.21).
Jianli juga dikatakan bertindak melarikan diri dari rumah kerana mahu mencari wang dan tidak mahu membebankan keluarganya.
Aksi Jianli itu berjaya mendapat perhatian netizen sehingga ramai yang menyumbangkan bantuan kepada kakaknya itu melalui akaun yang dipamerkan.
Bagaimana pun selepas sejam mencari wang bantuan menggunakan cara bahaya tersebut,  Jianli ditahan pihak berkuasa.
Keluarganya sebelum ini dikatakan telah cuba menggunakan media tempatan untuk mendapatkan bantuan buat kakaknya namun tidak berhasil. – MYNEWSHUB.CC