Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wujud Konspirasi Jatuhkan Chelsea?

ANTONIO Conte sekali lagi membuat tuduhan berani ke atas penyusun jadual perlawanan Liga...

Ribuan Protes Perkahwinan Sesama...

WASHINGTON – Beribu-ribu orang termasuk pemimpin agama menyertai perarakan di sini untuk menentang...

Tukang Kebun Sekolah Terbunuh...

BESUT - Seorang tukang kebun sekolah maut digilis sebuah kereta di Jalan Kuala...

PM Sampaikan Perutusan Negara,...

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Perutusan Negara...

SAR 4 Mangsa Hilang Di Kudat Masuk Hari Ke-9

KUDAT – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat individu termasuk tiga pelancong yang hilang di perairan Simpang Mengayau di sini, diteruskan walaupun pencarian masuk hari kesembilan hari ini.

Mengikut prosedur operasi standard (SOP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), operasi SAR sepatutnya ditamatkan pada hari ketujuh berpandukan Manual Maritim Antarabangsa.

Bagaimanapun, Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som, berkata susulan penemuan bangkai dan enjin sangkut bot dinaiki empat individu terbabit pada Ahad lalu, Pusat Mencari dan Menyelamat (MRCC) di Putrajaya dan APMM memutuskan operasi itu diteruskan.

Sektor pencarian operasi SAR hari ini tertumpu di bahagian pantai barat Simpang Mengayau dan pulau berhampiran membabitkan lapan aset APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

“Tiga bot pukat tunda nelayan tempatan juga digerakkan di sekitar kawasan penemuan enjin bot untuk membantu mengesan bangkai bot,” katanya di sini, sebentar tadi.


Ahad lalu, sekumpulan nelayan menemui bangkai bot serta dua enjin sangkut ketika memukat di perairan 2.8 batu nautika di utara Simpang Mengayau, namun hanya satu enjin berjaya dinaikkan sebelum dibawa ke jeti APMM.

Empat mangsa yang hilang pada 2 Mei lalu ialah Lam Wai Yin Tommy, 45, iaitu warga China yang juga pemilik sebuah resort di Tanjung Simpang Mengayau; suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23. – BHarian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • SAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori