Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bung Moktar, Zizie Izette...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin...

Video: Pelajar UPNM Diikat...

RAKAMAN video pelajar lelaki yang dibuli dan diperlakukan seperti binatang oleh beberapa individu...

Remaja Ditemui Lemas Di...

PEKAN - Seorang remaja ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus semasa cuba membantu rakannya...

Terengganu Gesa Kaji Royalti...

MARANG - Kerajaan negeri akan mengkaji keputusan kerajaan persekutuan memberi royalti 20 peratus...

Saya Anggap Soal Kahwin Sebagai Doa – Nora Danish

SELEBRITI tanah air, Nora Danish Mohd. Hanif mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang tidak pernah letih mendoakan kebehagiaannya dan sentiasa berharap agar dia berkahwin lagi.

Nora, 34; ditemui wartawan pada majlis pelancaran butik Whitehanger di ibu negara berkata bahawa dia menganggap perkara itu sebagai satu doa supaya terbuka hatinya untuk berkahwin lagi.

“Saya anggap soal kahwin itu sebagai satu doa kerana ramai yang bertanya dan selalu mendoakan perkara yang baik itu terjadi dalam hidup saya,” katanya di majlis pelancaran butik tersebut, kelmarin.

Tambah Nora yang pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli sebelum ini, dia kini sedang sibuk menjalankan perniagaannya dan mungkin kerjaya sebagai pelakon akan dijadikan hobi pada masa akan datang.


Hasil perkahwinan dengan anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram pada 7 Januari 2009.

“Sekarang saya sibuk menjalankan bisnes dengan rakan saya, dan saya tidak menolak kemungkinan jika lakonan hanya menjadi hobi saya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori