Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Proses Isytihar Harta MB,...

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan proses pengisytiharan harta oleh Menteri...

Nurul Izzah Tuduh SPR...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar memperlekehkan...

Ramai Graduan Universiti Bersedia...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah permohonan pihak industri supaya kerajaan...

Kediaman Najib Dikawal Ketat...

KUALA LUMPUR - Laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk...

Saya Gembira Shahrul Akan Kahwin – Mia Ahmad

GARA-GARA penangan drama Hati Perempuan, hero dan heroinnya Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad sering kali dikaitkan bersama hingga muncul ura-ura mereka menjalinkan cinta.

Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad
Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad.

Bagaimanapun, dia masih menafikan hal itu dan menyifatkan hubungan terjalin antara mereka hanya sebagai rakan sekerja.

Baru-baru, sebuah akhbar ada melaporkan bahawa Saharul bakal mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri.

Pada masa yang sama, Mia Ahmad meluahkan rasa gembiranya mendapat tahu perkhabaran mengenai rakannya itu sekali gus membuktikan bahawa kenyataan mereka sebelum ini adalah benar.

“Saya gembira mendapat tahu dia akan berkahwin. Perempuan yang dipilihnya bukan saya… Saya tumpang gembira.

“Saya tak terkejut. Itu adalah bukti gosip mengaitkan kami bercinta adalah tidak benar.

“Benar peminat memang suka kami bercinta seterusnya berkahwin. Tapi dalam hal hati, baik saya dan Saharul berhak membuat pilihan sendiri,” katanya kepada BH Online.


Sementara itu, Mia turut mengulas gosip cintanya dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi.

Menurut Mia, mereka hanya berkawan baik dan hanya pernah keluar beramai-ramai tetapi tidak lebih dari lima kali.

Dalam pada itu, Mia turut menyifatkan Izham sebagai lelaki yang sangat menyenangkan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori