Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Padah Pertikai Sejarah Raja...

BANGKOK - Seorang aktivis berdepan hukuman penjara 15 tahun selepas meminta rakyat Thailand...

Bekas Pelakon Kanak-Kanak Bollywood...

Mumbai – Bekas bintang filem kanak-kanak Bollywood, Shweta Prasad telah ditangkap...

2 Wakil Malaysia Layak...

BANGI - Dua wakil Malaysia dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana...

Penyerang Christchurch Dihukum Penjara...

CHRISTCHURCH - Pengganas yang melakukan serangan ke atas dua buah masjid di New...

Saya Sedia Kahwin Bila-Bila Masa – Dynas Mokhtar

“SORRY if you didn’t get the invitation ya… Just a small do…”

Itulah kapsyen yang dimuat naik oleh pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar bersama-sama sekeping gambar di laman sosial Instagram miliknya yang menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi daripada netizen.

Inilah foto yang menjadi spekulasi pengguna laman sosial.

Saya Sedia Kahwin Bila-Bila Masa - Dynas Mokhtar

Walau bagaimanapun, Dynas menafikan desas-desus itu dan menjelaskan bahawa foto itu sekadar sesi fotografi untuk sebuah majalah.

Menurut sebuah portal, biarpun pernah melalui episod duka kegagalan rumah tangga pada 2014, ia bukan alasan buat bintang berusia 33 tahun ini membenci lelaki.

Dynas juga akui dirinya sudah bersedia untuk berkahwin pada bila-bila masa sahaja dan berharap perkahwinan kedua ini kekal selamanya.

Saya Sedia Kahwin Bila-Bila Masa - Dynas Mokhtar
Dynas Mokhtar

“Saya memang sudah bersedia pada bila-bila masa untuk berkahwin. Tapi, tiada siapa yang hendak dekat dengan saya. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya ingin perkahwinan kali kedua kekal hingga ke akhir hayat.


“Saya banyak belajar daripada kegagalan lalu dan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan,” ujar Dynas.

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar ini kini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang dikenalinya sejak bangku sekolah lagi.

Jelas aktres tinggi lampai ini lagi, dia belum menerima sebarang isyarat daripada pihak lelaki untuk berkahwin.

Terdahulu, Dynas pernah berkahwin dengan Mohd. Hafizi Mohamed dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khayra Khalysa dan Mohamed Haqaish. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori