Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tabung Haji Serah Zakat...

KOTA KINABALU - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah...

Bawa Pulang Piala Suzuki...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati pemain skuad Harimau...

PKR Bimbang Laman Web...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri pernah melarang media tertentu daripada...

Pilihan Raya PBT: Mustafa...

HARI ini selain kekecohan dalaman parti MIC, Setiausaha Agung dua parti hari ini...

Sempat Bincang Pendek Dengan Guan Eng, Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan tidak ada perbincangan secara mendalam berlangsung di antara pucuk pimpinan Pakatan Harapan tentang kekalahan teruk pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Beliau sekadar memaklumkan sempat berbincang pendek mengenai perkara itu dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu baru-baru ini.

“Saya sempat berbincang pendek dengan Guan Eng dan Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Azizah dalam pada itu memaklumkan PKR mengambil inisiatif sendiri untuk melakukan ‘post-mortem’ tentang kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam PRN Sarawak Ke-11.

Kata beliau, jawatankuasa ‘post-mortem’ itu akan dianggotai pemimpin PKR iaitu Dr. Syed Hussin Ali, Dr. Muhammad Noor Manuty, William Leong, Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Saifuddin Abdullah.


“Pasukan ini mendapat mandat sepenuhnya dari saya dan parti untuk menyiapkan laporan `post mortem’ yang menilai pengendalian proses pilihan raya Sarawak secara terperinci dan menyeluruh,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori