KEJAM…seorang wanita, Bonnie Liltz, 56, seolah-olah langsung tiada perasaan apabila dia mampu tersenyum ketika berada di mahkamah selepas didakwa membunuh anaknya yang kurang upaya.
Bonnie, yang berasal dari Illinois mengaku membunuh anaknya itu yang berusia 28 tahun, Courtney kerana bimbang tiada siapa yang boleh diharapkan untuk menjaga Courtney selepas kematiannya kelak..
Meskipun dia boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun namun Bonnie langsung tidak menampakkan sebarang kerisauan sebaliknya kelihatan ceria ketika berada di mahkamah.
Courtney merupakan anak angkat Bonnie dan dia telah dipelihara oleh wanita berkenaan sejak berusia empat tahun. Courtney mengalami kecacatan di mana dia tidak boleh bercakap serta tidak mampu menjaga dirinya sendiri.
Apabila Bonnie disahkan menghidap kanser dan masalah usus yang serius tahun lepas, Courtney terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat jagaan swasta. Namun apa yang berlaku kepada Courtney di pusat berkenaan di mana dia terbiar sendirian telah menyebabkan Bonnie berasa sedih.
Bonnie kemudiannya nekad untuk membunuh diri dengan menelan sejenis ubat dan turut memberikannya kepada Courtney.
Bonnie turut meninggalkan sekeping nota tetapi hasrat wanita itu untuk mati bersama anaknya tidak kesampaian apabila adiknya, Susan menemui mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Dia berjaya diselamatkan tetapi Courtney telah meninggal dunia. – MYNEWSHUB.CC