PROJEK CSR Bazar Ramadan khusus untuk usahawan dan peniaga kecil yang tidak memiliki bajet besar untuk menembusi kos iklan TV.
“Banyak produk IKS kita yang hebat dan berkualiti, tetapi menghadapi masalah akses promosi yang terbatas kerana isu kos iklan. Jadi TV Al Hijrah menawarkan pelbagai platform media sebagai medium pengiklanan murah sempena kedatangan Ramadan dan Syawal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah, Izelan Basar.
Kempen ini tanda Stesyen TV Islam nombor satu negara ini, sangat bermurah hati membantu usahawan kecil meningkatkan jualan sempena limpahan rezeki Ramadan dan Syawal.
“Kami mahu produk IKS menembusi akses pasaran 7.4 juta isi rumah seluruh negara,” katanya.
Selain medium TV, kempen CSR Bazar Ramadan ini turut merangkumi promosi di jangkauan media baharu dengan keupayaan akses 10 juta pengguna gajet pelbagai medium.
“Insyaallah, projek ini akan memberi impak maksimum kepada usahawan kita,” katanya kepada Mynewshub.
Bagi usahawan dan peniaga kecil yang mahu menakluki iklan TV dan menyertai empayar elit promosi pelbagai platform, jangan lepaskan peluang.
Sertai kempen ini dengan melawat FB TVAlhijrah atau IG tvalhijrah114.