BERITA perkahwinan hero drama Tundukkan Playboy Itu pada tanggal 30 April lalu ternyata mengejutkan banyak pihak dan menarik perhatian ramai apabila Hafidz, 22; tiba-tiba memaklumkan sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada.
Dalam pada kegembiraan itu, ada pula segelintir peminat fanatik berlaku biadap dengan mengutuk rupa paras isteri hero Malaya itu rentetan tidak dapat menerima perkhabaran tersebut.
Hafidz bagaimanapun, jelas matang apabila memilih untuk bersikap terbuka dan memaafkan peminat yang mengutuk isterinya.
Bercerita mengenai kehidupan baharunya, Hafidz yang baharu beberapa hari bergelar suami mengakui kehidupan rumah adalah sesuatu yang sangat indah.
Menurut Hafidz, ini kerana setiap perkara dilakukan bersama isteri tercinta termasuklah menunaikan ibadah.
“Seronok kehidupan berumah tangga ini. Seronok ada orang teman dan kejutkan kita bangun tidur. Ada orang ingatkan masa makan, solat dan pastinya saya dapat solat berjemaah sama. Insya-Allah kami akan berbulan madu tahun ini dalam negara saja,” katanya kepada BH Plus.
Pada masa yang sama, Hafidz akui sudah bersedia menimang cahaya mata meskipun masih muda.
BACA: ‘Saya Jenis Kalau Bercinta Sungguh-Sungguh’ – Hafidz Roshdi
Hafidz dan isterinya berkenalan ketika sama-sama menuntut di Malaysia Science University di Shah Alam, Selangor. – MYNEWSHUB.CC