Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Suami Isteri Antara 3...

SHAH ALAM - Polis Selangor menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri yang...

PRU14: PAS Sasar Rampas...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta...

Bantahan Pemandu Teksi Sebabkan...

SANTIAGO - Seorang pelancong Brazil yang mengalami serangan jantung maut selepas gagal mendapatkan...

China Janji Bantuan, Pinjaman...

CHINA tidak melabur dalam projek untuk menunjuk-nunjuk di Afrika tetapi membantu benua itu...

Serpihan Di Mauritius, Afrika Selatan Hampir Pasti Milik MH370

KUALA LUMPUR – Dua serpihan yang ditemui masing-masing di Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues, Mauritius, disahkan oleh pakar sebagai hampir pasti milik penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang hilang lebih dua tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pengesahan itu dibuat selepas sepasukan pakar antarabangsa selesai melakukan pemeriksaan di Australia, ke atas sekeping enjin ‘cowling’ dengan separuh logo Rolls-Royce serta serpihan panel dalaman kabin.

“Berikutan pemeriksaan menyeluruh, Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia membuat kesimpulan kedua-dua serpihan itu konsisten dengan panel yang ada pada pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.

“Oleh itu, pasukan itu mengesahkan kedua-dua serpihan itu adalah hampir pasti daripada MH370,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Menurut Liow, pengesahan itu melengkapkan hasil pemeriksaan yang dilakukan pada Mac lepas di mana pasukan tersebut mengesahkan serpihan yang ditemui di Mozambique hampir pasti milik MH370.

Beliau berkata kerajaan Malaysia, Australia dan China akan terus komited mencari pesawat MH370 dan sehingga kini pencarian sudah dilakukan di kawasan melebihi 105,000 kilometer persegi.


“Kami berterima kasih kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Geoscience Australia dan Boeing atas komitmen tidak berbelah bahagi dan pertolongan sepanjang proses pemeriksaan itu,” katanya.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 kru, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori