Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Projek ECRL: Kelantan Tetap...

KUALA LUMPUR – Pengurangan kos bagi projek Landasan Rel Pantai Timur telah memberi...

PM Ceria Dapat Kembali...

PUTRAJAYA - Patah tumbuh, hilang berganti.... Mungkin itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan...

Raja Arab Saudi, Raja...

SEPANG - Malaysia hari ini membentangkan permaidani merah bagi menyambut ketibaan Raja Salman...

Jemaah Haji Negara Akan...

MAKKAH - Kesemua 22,320 jemaah haji Malaysia akan mula bergerak secara berperingkat ke...

Nahas Helikopter: Setiausaha Sulit Sahkan Mayat Noriah Kasnon

KUCHING – Mayat mangsa tragedi helikopter yang ditemui di tebing Sungai Batang Lupar, Sebuyau, disahkan jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, kata setiausaha sulitnya, Abidin Supardi.

Abidin berkata demikian kepada pemberita selepas menziarah jenazah Allahyarhamah di Hospital Umum Sarawak di sini.

Turut berada di dalam helikopter itu ialah suami Allahyarahamah, Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Tiga lagi ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang menghala ke Kuching sebelum nahas itu berlaku.


Allahyarhamah berada di Betong untuk tugas-tugas berkaitan kementeriannya semasa pilihan raya negeri ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori