Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hina TPM: IRIMM Gesa...

KUALA LUMPUR - Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) hari ini menggesa polis...

Tan Sri Abdullah Ahmad...

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik, Tun Abdul Razak Hussein iaitu Tan Sri...

Cuaca Buruk Hampir Seluruh...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hampir...

Banjir: Jepun Tawar Bantuan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Jepun menawarkan bantuan kecemasan tambahan bernilai RM300,000 untuk meringankan...

Singapura Menang Pembahas Arab Antarabangsa Di Qatar

SINGAPURA – Seorang pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah di sini, Nazihah Mohamad Pauzi berjaya menjulang anugerah pembahas terbaik Kejohanan Bahas Bahasa Arab Antarabangsa Ke-3 di Qatar baru-baru ini.

Agensi berita MediaCorp Singapura melaporkan, terdapat tiga anugerah pembahas terbaik daripada kalangan negara-negara bukan Arab diberikan, dan Nazihah merupakan antara salah seorang daripada penerimanya.

Selain Nazihah, tiga orang pelajar dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah dipilih mewakili Singapura dalam kejohanan global tersebut, iaitu Harithatunnu’man Hasbi, Muhammad Hariz Ramli dan Humaira Julfikar Khan.

Ini adalah penyertaan kali kedua pihak Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang diundang khas untuk mengambil bahagian dalam kejuaraan bahas secara dwi-tahunan itu dan diadakan sepenuhnya dalam bahasa Arab.

Ia dianjurkan oleh QatarDebate Center di bawah naungan istimewa Sheikha Hind Hamad al Thani, Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Foundation for Education, Science and Community Development.

nazihah1

Pencapaian Nazihah selaku pembahas terbaik boleh dibanggakan kerana menunjukkan mutu pendidikan madrasah di Singapura berjaya melahirkan pelajar yang berbakat menguasai pelbagai bahasa khususnya bahasa Arab.

Semasa dihubungi Mediacorp Singapura, Nazihah berkongsi pengalaman mengambil peluang bertutur bahasa Arab di sana sambil menjadikannya sebagai latihan untuk bertutur dalam bahasa Arab secara lebih berkesan.

“Ia satu pendedahan bagi saya berbual dalam bahasa Arab kerana pengalaman berbual antara kami di sekolah itu lain daripada kami berbual dengan peserta negara lain. Jadi itu pun telah perbaiki perbualan saya,” kata Nazihah.


Jika kita belajar tetapi tidak praktik, ia akan menjadi susah. Memang mencabar untuk berbual dalam bahasa Arab tetapi saya menjadikannya sebagai satu motivasi untuk berbual dalam bahasa Arab,” tambah Nazihah lagi.

nazihah2

Dia malah menghargai pelbagai usaha pihak madrasahnya untuk menanamkan rasa sayang terhadap bahasa Arab namun mengakui, menggunakan bahasa Arab dengan kumpulan lidah penutur asli memang bukan mudah.

“Ia memang sangat susah tetapi pengalaman yang amat baik.” Madrasah Aljunied Al-Islamiah ditubuhkan pada 1927 merupakan sekolah agama tertua di Singapura dan terbaik dari segi akademik termasuk subjek bahasa Arab.

Pada tahun ini, 53 negara mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasuk 30 negara bukan Arab antaranya  Amerika Syarikat, Argentina, Brazil, Britain, Croatia, Colombia, India, Ukraine, Bosnia, Malaysia dan Turki.

Tuan rumah Qatar muncul sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan bahas itu, manakala Syria adalah naib johan dan ketiga Tunisia. Acara diadakan di Qatar National Convention Centre di Doha. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori