Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Apa Masalah Pembangkang Dengan...

PEMBANGKANG tak habis-habis dengan agenda tersirat dan terbuka untuk memburukkan dan menjejaskan pertahanan...

Bekalan Air Di Kolam...

SHAH ALAM - Bekalan air di kolam takungan perkhidmatan di daerah Petaling, Hulu...

Chan Dan Kisah Hidupnya:...

SELALUNYA kalau naik teksi dan bertemu dengan pemandu yang ramah, pasti seminit akan...

Tali Terbelit Punca 6...

PUCHONG - Enam anggota bomba yang dalam misi mencari dan menyelamat di sebuah...

Sky Box Tarikan Baharu Menara KL

ORANG ramai berpeluang berdiri dalam kota kaca pada paras ketinggian 300 meter dari aras tanah, sekali gus melihat pemandangan ibu kota pada skala 360 darjah menerusi produk terbaharu Menara Kuala Lumpur (KL) iaitu Sky Box at Sky Deck.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, tarikan baharu itu dilihat mampu meningkatkan jumlah pengunjung Menara KL dari dalam dan luar negara.

Tarikan unik itu sudah mula dibuka kepada orang ramai bemula Jumaat lepas sebagai simbolik ulang tahun ke-20 Menara KL pada tahun ini.

“Sky Box terletak di Sky Deck iaitu di pelantar terbuka Menara KL. Pengunjung berpeluang bergambar dalam kotak kaca ini yang mana mampu menampung enam orang dalam satu-satu masa.

“Tiada caj tambahan di kenakan, hanya harga tiket masuk sedia ada. Jadi mana-mana pengunjung yang pernah datang, boleh datang lagi untuk merasai pengalaman baharu ini dan kita juga alu-alukan pengunjung baharu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Meor berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung aspek keselamatan yang menjadi perhatian disebabkan ketinggian Sky Box berkenaan.


“Ciri-ciri keselamatan amat dititikberatkan dan kawalan juga sentiasa dibuat sepanjang masa memastikan setiap prosedur operasi standard diikuti.

“Pembinaan struktur tambahan ini juga dibuat dengan melakukan kajian termasuk melibatkan arkitek asal yang membina menara ini dalam masa sama penyelenggaraan akan sentiasa dibuat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori