Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Timun Laut Jadi Rebutan

KOTA TINGGI - Sebuah kapal besar berlabuh di perairan antarabangsa manakala berpuluh bot...

Pelapor PBB: Myanmar Hentikan...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan 16 bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa...

Asyik Kangkang, Hijabista Ini...

BERTUDUNG sudah nampak manis, cantik pula tu. Sejuk aje mata memandang tapi... sayang......

Polis Tahan 7 Peniaga...

BAGAN SERAI - Polis menahan tujuh peniaga dan merampas 24 jenis mercun serta...

SSM Terbit Dua Filem Pendek Tingkat Kesedaran Peniaga

DALAM usaha untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai terutama sekali peniaga tentang kepentingan mendaftar syarikat atau perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menerbitkan dua filem pendek bagi tujuan itu.

Dua filem pendek tersebut, Tulus dan Tekad diarahkan oleh Tam Suhaimi menampilkan barisan pelakon popuar seperti Nadiya Nisaa, Kilafairy dan Intan Ladyana.

Majlis tayangan filem pendek tersebut diadakan di Menara SSM, Kuala Lumpur semalam dengan dihadiri tetamu kehormat Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato Zahrah Abd Wahab Fenner.

jamil
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato Zahrah Abd Wahab Fenner.

Menurut Jamil melalui pendekatan filem ini ia dapat memperkenalkan peranan dan produk SSM secara ringkas tetapi padat melalui pendekatan drama yang dihasilkan.

“Segenap lapisan masyarakat yang mempunyai perniagaan sendiri seperti peniaga dalam talian juga perlu tahu cara mendaftar dengan betul agar risiko-risiko yang tidak diingini seperti ditipu, produk diciplak dan sebagainya dapat dielakkan,” kata beliau.

Sementara itu, Zahrah pula berkata, penghasilan filem Tulus dan Tekad merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh pihak SSM bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai lebih-lebih lagi kepada pengguna.

“Alternatif ini diambil setelah menyedari kekuatan laman sosial media pada masa kini yang menjadi saluran hebahan dan pengiklanan yang berkesan dengan mengoptimumkan medium tersebut,” ujar beliau.


Filem berdurasi lima minit itu akan dimuatnaik ke pelbagai saluran sosial media seperti laman web rasmi SSM, Facebook dan Youtube. – MYNEWSHUB.CC

ssm1

ssm2

ssm3

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori