Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hanya Mampu Berdoa, Berharap...

KOTA KINABALU - Suri rumah, Sharifah Erna Berson, 23, terpaksa melalui hari-hari yang...

Proton ‘Ertiga’ MPV Terbaharu...

JAKARTA - Suzuki Indomobil Sales (SIS) sudah bersiap sedia memenuhi pesanan eksport keluaran...

Sibu Sedia Terima Kawasan...

SIBU - Sibu, pintu masuk ke kawasan tengah Sarawak, bersedia untuk mendapatkan kawasan...

PRK Rompin & Permatang...

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang...

Stacy Dan Akim Teruja Sambut Ramadan Bersama

PELANTUN lagu Romeo, Stacy berkongsi pengalaman berharganya belajar puasa tahun lalu, akui dia mengalami demam dan sakit kepala akibat kekurangan air dalam badan.

Menurut sebuah portal akhbar, Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, berkata, dia berasa teruja untuk menyambut bulan Ramadan yang akan datang dan bersyukur kerana Akim banyak memberi semangat dan dorongan kepadanya.

Stacy Dan Akim Teruja Sambut Ramadhan Bersama

“Dua hari saya cuba menahan lapar dan dahaga, masuk hari ketiga saya terus demam. Apa-apa pun itu satu pengalaman paling berharga dalam hidup saya.

“Tapi sekarang situasinya berbeza di mana rasa teruja untuk sambut Ramadan itu datang sendirinya dan suami saya terus memberi semangat untuk saya sempurnakan puasa, Insya-Allah,” katanya.

Jelas Stacy lagi, dia tiada masalah untuk menyediakan juadah berbuka puasa buat Akim memandangkan suaminya itu tidak cerewet dalam soal pemakanan.

“Tidak susah nak jaga Akim sebab dia tidak terlalu cerewet soal makan. Contohnya kalau dia dah mula makan nasi lemak, dia akan ulang menu itu adakalanya sampai seminggu dengan menu yang sama.


“Kalau tidak punyai masa, barulah kami akan ke bazar Ramadan,” katanya.

Stacy Dan Akim Teruja Sambut Ramadhan Bersama

Sementara itu, bagi penyanyi Akim atau nama sebenarnya Akim Ahmad, 25, tahun ini merupakan tahun pertama dia berpuasa sebagai seorang suami, malah dia juga turut mengutarakan keterujaan untuk menjalani ibadah puasa bersama isteri tercinta.

“Saya nampak dia teruja nak sambut puasa dan sebagai suami saya akan bantu dia memberi semangat untuk terus bertahan dan mengajar makan waktu bersahur kerana di situlah keunikan bulan Ramadan,” ujarnya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori