Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sabah Setuju Jawatan Ketua...

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan...

Anina Pecah Rekod Dunia...

PECAH REKOD?... Ini silap-silap bukan sahaja boleh masuk The Malaysia Book Of Records...

KPSTM Tumpu Lahir Usahawan...

TAWAU - Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSTM) Sabah tidak hanya...

How To Create A...

If a college student or education kid, you must take care of a...

STING Tumpaskan Cubaan Hidupkan Semula Sarang Penagihan Dadah

LANGKAWI – Polis menumpaskan cubaan untuk menghidupkan semula sarang penagihan dadah di kawasan Bukit Malut dan Taman Nilam di sini apabila berjaya memberkas 89 individu, empat daripada mereka dipercayai pengedar, dalam operasi khas yang berakhir Rabu malam.

Dalam operasi yang dikenali Op Sarang diketuai Timbalan Komander Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman SAC Arjunaidi Muhamed, polis turut merampas 141.81 gram heroin, 0.64 gram ganja, 84.4 gram syabu, dua biji pil Yaba dan 0.5 liter air ketum.

Arjunaidi berkata empat suspek pengedar yang berumur antara 18 dan 27 tahun ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, 38 orang lagi yang diberkas sedang disiasat mengikut beberapa seksyen lain di bawah akta berkenaan, manakala 47 orang lagi yang didapati positif mengambil dadah dalam operasi itu akan dihantar untuk menjalani rawatan dan pemulihan, katanya di sini.


Operasi dua hari yang bermula Selasa lepas turut disertai anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah diketuai Supt Helmi Aris, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori