Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pertukaran Exco Perkara Biasa...

KUALA TERENGGANU - Rombakan dan penstrukturan semula portfolio anggota Exco kerajaan negeri yang...

KFC Lancar Fesyen Termasuk...

SEBUT sahaja KFC, perkara pertama yang terlintas di fikiran anda pastinya keenakan serta...

Dana Negara Hilang RM30...

AWAL Jun lalu, rakyat gempar apabila agensi berita rasmi Bernama 'ceria' melaporkan kroni...

“Syarat Baru E-hailing Tak...

PETALING JAYA - Pemandu kelainan upaya perkhidmatan e-hailing mengadu berdepan kesukaran dengan keputusan...

Suami Hilangkan Diri, Wanita Besarkan Enam Anak Sendirian

BUKIT MERTAJAM – Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seorang wanita yang terpaksa membesarkan enam anaknya berseorangan selepas suaminya menghilangkan diri dengan meninggalkan hutang sewa rumah serta bil utiliti.

Suri rumah, Norhayati Satu, 41, berkata beliau tidak tahu hendak mengadu kepada siapa dengan nasib yang menimpanya selepas suami Monsis Osman, 40, yang bekerja di kilang besi di Perai, menghilangkan diri sejak enam bulan lepas tanpa khabar berita.

Norhayati yang tinggal di Kampung Pertama, Permatang Pauh di sini berkata beliau bersama enam anak berusia enam hingga 17 tahun menyewa rumah di situ dengan bayaran RM400 sebulan dan ia telah tertunggak selama enam bulan manakala bekalan elektrik dan air juga dipotong sejak Oktober tahun lalu.

“Suami menghilang diri selepas berlaku salah faham antara kami dan saya cuba cari dia tetapi tidak berjaya. Sebelum ini, kami hidup susah juga tapi masih mampu bayar sewa rumah dan bil-bil.

“Tetapi sekarang ini perbelanjaan keluarga hanya bergantung kepada pendapatan anak sulung Mohd Fitri, 17, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji RM25 sehari. Duit itu hanya cukup untuk kami belanja makan anak beranak,” katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Norhayati berkata anak sulungnya itu terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga kerana beliau tidak boleh bekerja selepas mengalami sakit tulang kaki, lutut dan pinggang.

Empat anaknya yang masih bersekolah iaitu Mohd Azlan,14, dan Siti Nor Zariah, 13, di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn manakala Mohd Mubarak, 11, dan Mohd Yusof, 9, di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu, hampir tidak dapat meneruskan persekolahan kerana kesempitan wang.

“Mereka terpaksa berhenti sekejap ke sekolah pada Mac dan April lepas kerana saya tidak mampu menampung perbelanjaan mereka, tetapi nasib baik ada beberapa pihak yang prihatin dengan nasib kami tampil membantu mereka untuk sambung belajar kembali,” katanya yang berasal dari Sabah.


Norhayati yang sudah tinggal di Pulau Pinang sejak 19 tahun lepas berkata setiap hari anak-anaknya berjalan kaki ke sekolah sejauh lebih dua kilometer kerana beliau tidak mampu membayar tambang bas sekolah dan mereka juga tidak membawa duit belanja serta hanya akan makan apabila balik ke rumah.

Beliau berkata keluarganya juga tidak mendapat sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pihak berkuasa kecuali bantuan ihsan jiran serta orang ramai.

Nasib keluarga itu mendapat perhatian Umno Permatang Pauh dan Ketua Bahagiannya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang turut meluangkan masa melawat keluarga itu berkata pihaknya prihatin dengan nasib keluarga Norhayati dan akan berusaha membantu meringankan beban yang ditanggung.

Katanya untuk permulaan Umno Permatang Pauh akan membayar tunggakan sewa rumah dan membantu perbelanjaan persekolahan anak-anak Norhayati serta memberikan bantuan keperluan makanan dan wang tunai.

“Kami akan sentiasa memantau keadaan keluarga Norhayati bagi memastikan anak-anaknya tidak tercicir untuk ke sekolah. Saya juga akan cuba mendapatkan pekerjaan yang lebih baik untuk anak sulungnya supaya kehidupan mereka terjamin,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada keluarga Norhayati boleh menghubunginya di talian 011-2891181 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat miliknya 22-023142913-2. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori