Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kisah Makcik Goreng Pisang…Zakat...

KIRA-kira dua tahun lalu aku pernah menulis mengenai kepayahan sepasang suami isteri tua...

Peguam Negara Dahului Senarai...

PUTRAJAYA - Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengetuai senarai 1,546 penerima...

Khairil Aslan Gementar Tamatkan...

SEPANG - Rasa resah dan gementar tetap menyelubungi perasaan pendaki solo negara Khairil...

Mungkin Kerusi Majlis Pimpinan...

KUANTAN - Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini, tidak menolak kemungkinan bertanding...

Suapan Terakhir Cucu Buat Nenek Sebelum Menemui Ajal

DUNGUN – “Dia suap saya, saya suap dia. Kami saling suap-menyuap. Dan tak disangka itu suapan terakhir kami,” kata Mahani Ismail, 62, mengenai kelakuan cucu kesayangannya yang mati lemas di dalam lubuk ketika mereka berkelah bersama semalam.

Muhammad Syafiq Abdullah, 20, dari Felda Kerteh 6 di sini mati lemas di Lubuk Kain, Sungai Bangang, Kampung Shukor, Hulu Dungun ketika berkelah bersama kira-kira 20 anggota keluarga dan rakan-rakannya pukul 3.30 petang semalam.

“Dia memang sungguh-sungguh ajak saya berkelah sebab sebelum ini dia dah datang, tapi tak sempat mandi. Jadi kali ini kami datang berkelah beramai-ramai termasuk ibu saudara dan sepupunya.

“Pada awalnya dia hanya mandi di bawah sungai, tapi kemudian dia naik ke kawasan lubuk. Saya dah rasa tidak sedap hati. Tiba-tiba anak-anak saya ajak saya balik. Ketika itu saya tidak tahu apa-apa, bila sampai rumah baru mereka bagi tahu cucu saya lemas,” katanya.

Mahani menjaga Muhamamad Syafiq sejak kecil setelah kematian bapanya.

Rakan mangsa Abu Zar Shamsuddin, 18, yang turut terjun ke dalam lubuk juga hampir lemas tetapi sempat mencapai kain tuala yang dihulurkan rakan-rakannya yang lain.

“Syafiq memang dah bagi tahu kawasan lubuk ini bahaya. Tapi bila dia terjun, saya pun terjun sama. Kemudiannya saya tengok Syafiq jadi lemah sebab pusaran air dan arus lubuk agak deras.


“Melihat keadaan itu, kawan-kawan hulur tuala dan saya sempat berpaut, tapi Syafiq tak dapat dan dia terus ditelan air yang berpusing,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata mangsa ditemui tenggelam di dasar sungai kira-kira 10 meter.

Beliau juga berkata terdapat pusaran air di bawah lubuk berkenaan.

“Ini merupakan korban kedua di lubuk itu tahun ini setelah kejadian pertama awal bulan lepas,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori