Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Amyza Aznan Susun Strategi...

PELAKON Amyza Aznan mengakui mahu meningkatkan kembali populariti dirinya dan ia merupakan salah...

Kemasukan Pengunjung Ke Pusat...

KUALA LUMPUR - Had kemasukan ke satu-satu pusat beli belah dan pasar raya...

Trend Baru, Berpurdah Tapi...

FENOMENA bertudung kini dilihat hanya berlandaskan trend dan fesyen semata-mata tanpa mengikut syariat...

Polis Terima Laporan Raja...

TELUK INTAN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada Ibrahim Mat Zin yang dikenali sebagai...

Sukan Tradisi Mampu Diketengahkan Sebagai Produk Pelancongan

PENAMPANG – Keunikan sukan tradisi berupaya diketengahkan bukan sahaja sebagai warisan budaya, tetapi juga sebagai produk dan potensi pelancongan yang menarik, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Bagaimanapun, beliau berkata usaha mempromosi dan mengembangkan keunikannya masih perlu dipertingkat sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

“Dalam konteks ini, saya menyeru agar usaha-usaha yang berkesan diambil oleh semua pihak, bukan sahaja oleh jabatan dan agensi kerajaan, tetapi juga daripada sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Sama-samalah kita menggembleng tenaga meningkatkan semula minat rakyat khususnya generasi muda terhadap sukan tradisi,” katanya ketika merasmikan Pameran dan Sukan Tradisi Kadazandusun Murut sempena perayaan Pesta Kaamatan di sini hari ini.

Musa berkata sukan tradisi memperlihatkan keindahan kebudayaan masyarakat di Sabah dan mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.


“Kemampuan kita untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni menjadi kebanggaan kita dan dikagumi oleh pelancong yang datang ke negeri ini.

“Oleh itu, kita harus ada kestabilan politik, saling bantu-membantu, saling menyayangi dan hormat-menghormati bagi memelihara keindahan ini,” katanya.

Musa turut menekankan komitmen berterusan kerajaan negeri untuk memajukan dan mempromosikan keunikan dan kekayaan warisan kebudayaan di negeri ini yang memerlukan sokongan dan dukungan semua pihak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori