Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mercy M’sia Terlibat Proses...

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja pasca banjir yang dijalankan Mercy Malaysia kini memasuki fasa...

Filipina, AS Kecam Tindakan...

MANILA: Filipina dan Amerika Syarikat (AS) secara berasingan mengutuk sekeras-kerasnya `serangan agresif’ yang...

Rakyat Malaysia Maut Dihentak...

DUA lelaki termasuk seorang rakyat Malaysia meninggal dunia manakala seorang lagi berada dalam...

PAS Tak Peduli Digelar...

KUALA LUMPUR - PAS tidak ambil peduli dengan pelbagai gelaran yang dilemparkan ke...

Sultan Nazrin Rasmi Perak Agrotourism Resort Di Tanjung Tualang

KAMPAR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Perak Agrotourism Resort (PATRO) di Tanjung Tualang, dekat sini, hari ini.

PATRO yang diusahakan Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) merupakan tarikan pelancongan baharu yang mampu menarik pelancong ke negeri ini bersandarkan kepada keunikannya yang dibangunkan dengan menggabungkan elemen pelancongan dan pertanian di kawasan seluas 271.1 hektar.

PATRO juga mampu menjadi permata baharu pelancongan negeri ini menerusi kelengkapan chalet yang turut menggabungkan persekitaran semulajadi.

Terdapat pelbagai aktiviti riadah ditawarkan di PATRO, antaranya aktiviti sukan lasak seperti ATV, berbasikal dan paintball serta aktiviti sukan air seperti bot kayuh dan kanu.


Dalam lawatan itu, baginda diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.

Selepas majlis perasmian itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berangkat meninjau tanaman kunyit, daun kesum, perusahaan madu kelulut, tanaman cili fertigasi dan tempat pemprosesan telur masin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori