Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pusat Pengundian Tutup 5...

KUALA LUMPUR - Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sejak 8 pagi...

SBJK Bakal Transformasi Imej...

KUALA LUMPUR - Projek pembangunan semula Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), di Jalan...

Keputusan Rayuan Kes Bunuh...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 16 Mac untuk keputusan rayuan akhir oleh empat...

Kanak-Kanak Maut, 6 Cedera...

TANGKAK - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut, manakala enam lagi cedera selepas...

Sultan Selangor Berkenan Ziarah MB Kelantan

KOTA BAHARU – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menziarahi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Baginda, yang diiringi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tiba pada kira-kira 2.30 petang dan disambut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan beberapa anggota Exco Kerajaan Kelantan.

Sultan Sharafuddin meluangkan masa kira-kira 45 minit bertanya khabar dan berbual bersama Ahmad yang ketika ini masih bercuti selepas menjalani pembedahan kecil pada 14 April lepas akibat pendarahan kecil di bahagian kiri kepalanya.

Ahmad dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada 13 April. Selepas menjalani pembedahan itu, beliau dinasihatkan berehat secukupnya selain menjalani pemeriksaan susulan dan tugas rasminya dipangku Mohd Amar.

Sementara itu, Mohd Amar berkata kerajaan negeri merakamkan rasa bangga dan penghargaan tidak terhingga kepada Sultan Selangor dan kerajaan negeri Selangor di atas keprihatinan yang diberikan.


“Bagi kita ia satu penghormatan yang amat besar. Kunjungan ini memang bersejarah kerana sebelum ini setakat yang diketahui tiada lagi kunjungan seumpama ini daripada Sultan Selangor,” katanya.

Mohd Amar juga berkata Ahmad kini bertambah sihat dan sedang mendapatkan rehat yang secukupnya seperti yang dinasihatkan doktor.

Katanya Ahmad dijangka kembali bertugas seperti biasa selepas cutinya berakhir 19 Mei ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori