Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Cekup 12 ‘Superman’

KUALA LUMPUR - Aksi 'superman' di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, dekat sini...

Harga Ayam Dijangka Naik...

PETALING JAYA - Harga ayam akan mengalami kenaikan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri...

Taktik Kaya, Warga Asing...

NEGARA kita kini bagaikan lubuk bagi pekerja asing bagi mencari pekerjaan. Buktinya lihat...

Tiga Lagi Pegawai MBSA...

KUALA LUMPUR : Tiga lagi pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan Suruhanjaya...

Surabaya Haramkan Minuman Beralkohol

JAKARTA – Surabaya akan menjadi wilayah kedua selepas Papua di Republik Indonesia yang mengharamkan aktiviti pengeluaran, pengedaran dan pengambilan minuman beralkohol.

Menurut Jakarta Post, bandar kedua terbesar di Indonesia itu telah meluluskan undang-undang kecil bagi mengharamkan minuman beralkohol dan undang-undang berkenaan akan digubal selepas mendapat kelulusan daripada Gabenor Surabaya.

Akhbar berkenaan memetik Speaker Majlis Perundangan Surabaya, Armuji, sebagai berkata, di bawah undang-undang kecil itu, hukuman terhadap pesalah termasuklah amaran bersurat, denda pentadbiran, penutupan sementara perniagaan, pembatalan lesen perniagaan dan menutup perniagaan.

“Pesalah juga akan dikenakan hukuman penjara tiga bulan atau denda tidak lebih daripada Rp50 juta (kira-kira RM15,000).

“Undang-undang kecil itu meliputi sebarang jenis minuman beralkohol yang mempunyai kandungan lebih 10 peratus alkohol, termasuk minuman tradisional dan minuman keras bercampur,” katanya.


Indonesia baru-baru ini berdepan dengan beberapa kes serangan seksual berkaitan alkohol terutama dalam kalangan remaja.

Kerajaan Tempatan Papua telah mengharamkan minuman alkohol di wilayah berkuat kuasa Mac lepas. Menurut data Polis Papua, 86 orang terbunuh, 264 cedera dan 839 cedera ringan sejak 2013 dalam kes berkaitan alkohol. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori