Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Mabuk Tak Sedar...

Itulah, ada sebabnya kenapa Islam melarang umatnya untuk mengambil minuman beralkohol. Kisah benar...

Jeffrey Kitingan Terima Notis...

KOTA KINABALU - Notis kebankrapan telah disampaikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor,...

Video: Budak Lelaki 5...

VIDEO seorang budak lelaki berusia 5 tahun yang sedang membawa sebuah motosikal jenis skuter...

Nyaris Maut, Vape Meletup...

SEORANG lelaki nyaris maut apabila rokok elektroniknya atau vape meletup di dalam poket...

Suu Kyi Minta Diberi Ruang Selesaikan Isu Rohingya

NAYPYIDAW – Kerajaan Aung San Suu Kyi memohon supaya diberikan cukup ruang untuk menyelesaikan rintihan penduduk Islam Rohingya Myanmar, selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry menggesa pemenang hadiah Nobel keamanan itu menghormati hak asasi manusia.

Kira-kira 125,000 puak Rohingya di Myanmar kehilangan tempat tinggal dan berdepan sekatan perjalanan di kem sejak pertempuran tercetus di negeri Rakhine antara penganut Buddha dan umat Islam pada 2012.

Beribu-ribu orang cuba melarikan diri daripada penindasan dan kemiskinan dengan menggunakan bot.

Amerika Syarikat sudah lama menyokong peranan Suu Kyi dalam memperjuangkan perubahan demokrasi di Myanmar, namun Washington terkejut selepas beliau mencadangkan kepada duta baharu Amerika Syarikat, Scot Marciel supaya tidak menggunakan nama Rohingya.

Puak Rohingya kebanyakannya hidup dalam keadaan seperti apartheid. Mereka dilihat penduduk Buddha Myanmar sebagai pendatang haram Bangladesh dan dirujuk sebagai Bengalis.


“Kata-kata emosi menyukarkan kami mencari penyelesaian aman dan diterima untuk masalah kami,” kata Suu Kyi dalam satu sidang media bersama Kerry di Naypyidaw.

“Apa yang kami minta adalah komuniti dunia mengetahui kesukaran kami dan memberikan ruang cukup untuk menyelesaikan semua masalah kami.” Reuters/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori