Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PAS Sokong Ismail Sabri...

PETALING JAYA : Pas menyokong keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Lokar Di 626 Sekolah...

GOMBAK : Kementerian Pendidikan (KPM) akan membekalkan lokar kepada 626 sekolah dua sesi...

PRU Rezeki Berganda Pengusaha...

KOTA BHARU - Pilihan raya umum ke-14 memberi peluang kepada pengusaha perkhidmatan sistem...

Kane Tanaka Manusia Paling...

WILAYAH FUKUOKA - Seorang wanita Jepun yang berumur 116 tahun secara rasminya diiktiraf...

Tahniah! Sekali Lafaz Feeya Sah Bergelar Isteri

SEKALUNG tahniah kami ucapkan kepada personaliti terkenal, Feeya Iskandar kerana sah bergelar suri hati kepada Nurashid Abdul Wahab semalam dengan hanya sekali lafaz.

Majlis pernikahan Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan telah diadakan selepas Asar di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor.

Pada majlis itu, wanita bertubuh genit ini menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki, selain turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000. Namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Tahniah! Sekali Lafaz Feeya Sah Bergelar Isteri

Majlis itu hanya dihadiri oleh hampir 300 jemputan yang terdiri dari kalangan teman-teman dan kaum keluarga sahaja.

Jelas Feeya kepada sebuah portal akhbar, bulan ini genaplah setahun perkenalan mereka.

Tambahnya lagi, dia dan suami akan diraikan di sebuah hotel di Klang, Selangor pada 14 Mei akan datang dan memilih Bali sebagai tempat berbulan madu.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Majlis berlangsung ringkas dan sederhana dengan dihadiri hampir 300 jemputan di kalangan teman serta keluarga. Bulan ini juga genap setahun perkenalan kami.

“Insya-Allah, pada 14 Mei ini kami akan diraikan pula di sebuah hotel di Klang, Selangor,” katanya.


Walaupun sudah berkahwin, Feeya yang tercalon sebagai Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 berkata dia akan turut menghadiri acara gemilang itu pada Ahad ini.

“Kahwin… kahwin juga. Tapi ABPBH 29 tetap akan saya hadir ditemani suami tersayang,” katanya.

Tahniah! Sekali Lafaz Feeya Sah Bergelar Isteri

Manakala majlis resepsi berlangsung hari ini di Sangkar Mustika, Johor Bahru. Pasangan merpati dua sejoli ini tampak secocok dengan persalinan berwarna royal blue.

Kami doakan semoga kalian bahagia sampai ke syurga. Amin… – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori