PELAKON Eina Ezman yang baru bergelar ibu kepada sepasang kembar lelaki dan perempuan mengakui kehadiran anaknya itu telah mengubah rutin hariannya kerana terpaksa bergilir menjaga anak bersama suami dan pengasuhnya siang dan malam.
“Bila bermula waktu malam, saya akan menjaga mereka sepenuhnya kerana mereka tidak mahu tidur lebih-lebih lagi bermula jam 3 pagi sehingga 8 pagi. Selepas itu baru lah saya boleh tidur sekejap.
“Kebiasannya saya akan bergilir bersama suami, tetapi jika siang ataupun keluar, pengasuh yang akan menjaga mereka.
“Saya tidak mengamalkan diet, tetapi makin susut mungkin kerana tidak cukup tidur.Dahulu berat saya mencecah 83 kilogram, kini turun kepada 55 kilogram”, katanya kepada Rotikaya.
Eina turut mengakui dia merindui untuk kembali berlakon, tetapi buat masa ini dia perlu fokus pada kerluarga dan anaknya terlebih dahulu. -MYNEWSHUB.CC