Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

India Tegaskan Pokok Yang...

New Delhi - Pihak berkuasa India menegaskan pokok yang ditanam Presiden Amerika Syarikat...

Chong Wei Puas Hati...

Selepas meluangkan masa lebih satu jam di makmal Hospital Universiti Oslo bagi menjalani...

Wanita Tembak Mati 3...

ABERDEEN - Tiga maut, manakala tiga lagi cedera apabila seorang wanita melepaskan tembakan...

Kereta Api Kabel Bukit...

GEORGE TOWN - Perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera yang ditutup...

Bagi Alasan Didera, Isteri Arah Teman Lelaki Bunuh Suami

SEORANG wanita mendakwa dirinya didera oleh suami sebagai alasan untuk mengarahkan teman lelaki membunuh suaminya.

Namun percubaan bunuh itu gagal apabila suaminya berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Assisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, wanita berusia 40 tahun itu sering mengadu kepada kekasihnya yang suami selalu memukul dan menengkingnya sehingga dia bertekad mahu suaminya lenyap dari hidup.

Susulan itu kekasih wanita itu yang berasal dari India dan rakannya menyerang si suami di sebuah apartmen di Taman Puchong Permai pada jam 11.30 malam, 24 April lalu.

“Serangan itu menyebabkan mangsa menerima 30 jahitan di kepala. Suspek menyerang mangsa menggunakan kapak dan parang,” kata Mohammad Azlin.

Wanita itu didapati tidak pernah membuat sebarang laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan suaminya.


Susulan itu, polis telah menahan wanita tersebut pada 26 April lalu dan sehari selepas itu, kedua-dua suspek ditahan di sebuah hotel di Puchong.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas dakwaan percubaan membunuh. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori