“AWAK nak saya pakai cardigan, kenapa? Oh, sebab sejuk ke?”
Itu respon spontan seorang pembaca laporan cuaca sebuah saluran tv di Amerika Syarikat, Liberte Chan yang terpinga-pinga saat diberikan sehelai cardigan ketika sedang bersiaran langsung.
Cardigan itu dikatakan dihulur gara-gara stesen TV berkenaan menerima banyak kritikan daripada penonton yang menyifatkan pakaian gadis cuaca hari itu keterlaluan seksinya.
Bagaimanapun, sesetengah netizen beranggapan tindakan itu tidak patut kerana ia memalukan wanita tersebut, lebih-lebih lagi ia berlaku ketika sedang bersiaran langsung.
Malah, ramai menyifatkan krew produksi berita KTLA itu sebagai tidak profesional sekali pun pakaian yang digayakannya itu memang tidak sesuai untuk program berita. – MYNEWSHUB.CC