Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Enjin Kereta Api Ekspres...

PASIR MAS - Kira-kira 180 penumpang kereta api ekspres dari Tumpat ke Johor...

Rafizi Ramli Dakwa Difitnah...

KUALA LUMPUR - Calon jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli...

PTPTN Saran Rebut Peluang...

KUALA LUMPUR - Seramai 1.5 juta peminjam yang patut membayar balik pinjaman Perbadanan...

PAN Harap `Bank of...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyokong penuh cadangan Sultan Johor, Sultan...

Tiada Jadual Penerbangan Helikopter Di Sarawak Digantung

KOTA BHARU – Tiada jadual penerbangan helikopter di Sarawak digantung walaupun berlaku nahas membabitkan pengangkutan itu di negeri ini semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Pusat Kawalan Trafik Udara akan berterusan membuat pemantauan terhadap pelbagai perkara berkaitan penerbangan termasuk keadaan cuaca semasa.

“Tiada (penerbangan helikopter digantung). Pusat Kawalan Trafik Udara masih mengawal selia semua kawalan lalu lintas dengan lancar.

“Tiada masalah dari segi penerbangan. Cuaca pun baik dan sebagainya, tiada masalah (pada masa sekarang),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Wisma MCA, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong dan Pengerusi MCA Kelantan, Tan Ken Ten.


Semalam, sebuah helikopter yang berlepas dari Betong, kira-kira 250km dari Kuching, pada 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang, dikesan hilang daripada radar.

Helikopter itu membawa enam orang, termasuk Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Serpihan helikopter itu dijumpai pagi ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori