Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

RM55 Harga Untuk Sekeping...

Bukti bagi kisah ini adalah resit bulan lalu tapi tak apalah, bagi yang...

24 Peserta Sertai Kejuaraan...

TAIPING - Seramai 24 peserta tomoi dari dalam dan luar negara akan menyertai...

Caj Penggambaran Naik, Persatuan...

KHAMIS lalu, Perbadanan Putrajaya ada memuat naik satu posting menerusi laman Facebook mengenai kadar...

Mati Kebuluran Selepas Jalani...

Southampton – Seorang wanita meninggal dunia akibat kebuluran selepas tiga tahun menjalani pembedahan...

Tiada Kakitangan 1MDB Digaji Kementerian Kewangan – Johari

KUALA LUMPUR – Tiada mana-mana kakitangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang digaji oleh Kementerian Kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

“Ia (1MDB) adalah sebuah syarikat dan kita adalah badan kerajaan. Terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

“Hubungan kita dengan 1MDB adalah setakat ini hanya membabitkan beberapa bon yang dijamin oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-20 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada kakitangan 1MDB akan ditempatkan di kementerian berkenaan.

Semalam, Johari dilaporkan berkata bahawa aset firma pelaburan strategik kerajaan itu akan dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menjelang pertengahan Jun ini.


Beliau berkata 1MDB, kemudian akan menjadi sebuah syarikat tidak aktif untuk menguruskan liabiliti dan bon yang telah diterbitkannya.

“Ini tidak bermakna kerajaan perlu mengambil (menggaji) kakitangan mereka. Itu bukan cara kita,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori