Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

110 Petani Kelantan Terima...

BACHOK - Sebanyak 110 petani termasuk di kawasan terjejas banjir di Kelantan menerima...

Lelaki Rentung Kereta Terbakar...

SEORANG lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya disyaki terlibat kemalangan sebelum terbakar berhampiran...

Jam Pintar Moto 360...

PENANTIAN demi penantian, akhirnya jam pintar 360 baru telah dilancarkan oleh pihak Motorola...

Hanya 1 Hingga 2...

KUALA LUMPUR - Hanya 1.53 peratus daripada 32,368,076 panggilan kecemasan yang diterima melalui...

Tiada Sambutan Di Malaysia, ‘Redha’ Akan Ke Perancis

BIARPUN tidak mendapat sambutan di kalangan peminat tempatan, filem mengisahkan kanak-kanak autistik ‘Redha’ bakal mencipta sejarah apabila ia akan ditayang di festival filem di Cannes, Perancis.

Pengarah Redha, Tunku Mona Riza Tunku Khalid berkata kekecewaan mengenai hasil kutipan tiket buat filem arahan pertamanya itu terubat setelah filem tersebut terpilih menyertai Marché du Film pada bulan ini.

Filem ini dan empat lagi dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Pertubuhan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM) dalam program Malaysia Goes to Cannes 2016.

“Masa FINAS cakap nak bawa ke Cannes, melompat-lompat la saya, lagipun inilah filem pertama saya.

“Tak sangka pula filem yang kurang dapat sambutan diajak pergi ke Cannes untuk tayangan di sana dan semestinya semua akan rasa teruja dan bersyukur,” katanya yang memetik daripada portal Astro Awani.

Empat filem lain yang turut terpilih ialah Hoka Hey ‘A Good Day To Die’, You Mean The World To Me, Taiping Adagio dan Pekak.

Menurut Tunku Mona, dengan kehadiran Redha di Cannes nanti, ia sedikit sebanyak akan membuka mata sesetengah pihak terutamanya pemerhati filem antarabangsa bahawa filem sebegini juga ada di Malaysia.


“Saya harap filem ini dapat membuka perhatian antarabangsa memandangkan austisme subjek yang universal sifatnya.

“Sambutan dingin terhadap filem Redha amat mengejutkan saya kerana ia bukan sahaja membawa cerita tentang austisme semata-mata.

“Ia turut membabitkan subjek kekeluargaan, kasih sayang dan persahabatan yang merupakan ramuan harian semua orang,” tambahnya.

Diilhamkan daripada kisah sebenar, Redha yang ditayangkan sejak 14 April lalu mengangkat cabaran ibu bapa membesarkan anak yang mengalami sindrom autisme.

Filem ini dibintangi pelakon Namron, June Lojong, Harith Haziq, Izzy Reef, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Ruminah Sidek dan Susan Lankester. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori