Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu Ulat: SPAD Mahu...

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akui tindakan tegas boleh dikenakan...

Gunung Agung Meletus, Lapangan...

JAKARTA - Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali ditutup berikutan abu gunung...

Lebih 2 Hektar Hutan...

GEORGE TOWN - Lebih dua hektar hutan di kawasan antara Bukit Bendera ke...

Dedah Rakaman Seperti Tunjuk...

LANGKAWI - Tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendedahkan...

Tiga Lelaki Maut Dalam Kemalangan

Kuala Selangor – Tiga lelaki menaiki kereta maut dalam kemalangan dengan lori di Batu 2, Jalan Bernam, Pasir Penambang, dekat sini pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 8 pagi tadi, mangsa dikenali Muhamad Syafiq Hasan Adli, 22; Mohd Mohyudin Mohd Subari, 50; dan Ahmad Mustakim Mohd Ngail, 37.

Difahamkan kereta dari arah Kuala Selangor ke Sabak Bernam dipercayai memasuki laluan lori yang datang dari arah Teluk Intan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya terpaksa mengangkat kepala lori itu berikutan bahagian depan kereta mangsa terperosok di bawahnya.

“Seramai 11 anggota dan pegawai terbabit dalam operasi ini.

“Semua mangsa tersepit dan disahkan oleh pegawai perubatan sudah meninggal dunia.


“Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pemandu kereta itu dipercayai mengantuk sebelum bertembung dengan lori terbabit.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut masih dijalankan. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori