Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hari Pertama Bertugas, Puad...

HARI ini merupakan hari pertama Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd...

SPAD Gantung Operasi Syarikat...

REMBAU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung lesen pengendali syarikat lori...

Sultan Nazrin Shah, Tuanku...

PASIR SALAK - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku...

Najib Selamat Jalani Pembedahan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat menjalani pembedahan...

“Tiga Lima Penjuru Tidak Mengapa” – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – “Tiga atau lima penjuru tidak mengapa kerana ini pesta demokrasi”

Demikian penegasan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mengenai kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun depan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, PAN tetap menghormati PAS untuk turut bertanding di kedua-dua kawasan terbabit.

“Tiga lima penjuru tak mengapa kerana ini pesta demoktrasi di Malaysia. Pakatan Harapan cuma satu sahaja,” katanya dalam nada sindiran ke atas parti PAS pada satu sidang media hari ini.

Mat Sabu dalam pada itu membayangkan Pakatan Harapan akan tetap bertanding dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada sidang media berkenaan.


Menurut beliau. Pakatan Harapan akan berusaha memastikan tidak ada pertindihan calon berlaku dalam kalangan parti Pakatan Harapan seperti yang berlaku di sarawak baru-baru ini.

“Luar Pakatan Harapan kami tiada upaya untuk mengedalikan parti lain yang begitu banyak di Malaysia. Itu hak mereka. Pakatan Harapan akan bersaing dengan sesiapa sahaja termasuk PAS,” katanya.

Mengulas peluang PAN untuk mewakili Pakatan Harapan, beliau memaklumkan PAN berpeluang untuk bertanding dalam mana-mana PRK. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori