Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

MB Perak Kini Bergelar...

IPOH – Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu merupakan antara dua penerima Darjah...

M’sia Sasar Guna Teknologi...

Kerajaan berhasrat meningkatkan penggunaan teknologi nuklear sehingga ke tahap 40 peratus dengan nilai...

Al-Sudais: Khutbah Arafah Dalam...

MAKKAH – Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah, Sheikh Abdul...

LHDN Anjur Konsultansi Awam

PETALING JAYA : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menganjurkan konsultasi awam dengan orang...

Tiga Maut Myvi Dihimpit Treler, Lori Dekat Ipoh

IPOH – Tiga maut manakala seorang parah apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Lahat, Kampung Kepayang dekat sini, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Abd Razak Shaari berkata kemalangan kira-kira 1 petang itu turut melibatkan, masing-masing sebuah treler dan lori.

Katanya, beliau difahamkan, semasa kejadian Perodua Myvi tersebut dalam perjalanan dari Puchong, Selangor ke Sitiawan.

“Kereta berkenaan berada di tengah-tengah dengan sebuah treler 14 tayar di belakang Perodua Myvi, manakala sebuah lori di hadapan kereta itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Abd Razak berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi kemalangan, mengesahkan tiga mangsa – dua wanita dan seorang lelaki – maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi lelaki parah setelah kesemua mereka tersepit di tempat duduk masing-masing.

Pemandu lori dan treler itu, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori