Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

55 Orang Terbunuh Dalam...

ABUJA, Nigeria – Pihak berkuasa Nigeria mengisytiharkan perintah berkurung 24 jam di negeri...

Polis Cari 2 Individu...

SUNGAI PETANI - Polis Kuala Muda ingin menghubungi dua individu bagi membantu siasatan...

Minyak Masak Peket Kurang...

GEORGE TOWN – Isu kekura­ngan bekalan minyak masak peket di negeri ini masih...

Tok Batin Lapor Polis...

KESAL... Tindakan Senator Dewan Negara, Bob Manolan Mohamad keluar kenyataan 'pecat' Tok Batin...

Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan Kepada Rakyat – Jailani

KUCHING – Kualiti perkhidmatan warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) perlu dipertingkat secara berkesan bagi memastikan ia berupaya menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Timbalan Menteri Datuk Jailani Johari berkata sebagai penjawat awam, kualiti perkhidmatan, sentiasa menjadi fokus utama kepada masyarakat.

“Orang awam terdedah dengan maklumat melalui media rasmi atau media sosial. Mereka mengharapkan kualiti perkhidmatan awam memenuhi kehendak mereka.

“Mereka mengharapkan karenah birokrasi dapat dikurangkan, setiap masalah berbangkit dapat diselesaikan dengan cepat dan tepat. Sehubungan itu kualiti perkhidmatan pegawai di KKMM perlu dipertingkat untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Majlis Jasamu Dikenang KKMM Peringkat Negeri Sarawak di sini Khamis malam.


Seramai 99 warga kerja KKMM yang bertugas di pelbagai agensi dan jabatan menerima APC 2015 Peringkat Negeri Sarawak.

Daripada jumlah keseluruhan 99 penerima, 48 daripada Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan (39), Jabatan Hal Ehwal Khas (sembilan), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (dua) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (satu).

Pada majlis sama, seramai 44 pesara dan bakal pesara tahun 2016 yang berkhidmat di Negeri Sarawak turut diraikan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori