Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mohamed Salah Sudah Mula...

MOSCOW - Penyerang sensasi Mesir, Mohamed Salah belum pasti dapat diturunkan menentang Uruguay...

Tak Boleh Eksport Ketum...

Kuala Lumpur : Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan ketum dieksport dari...

Ambil Ahli Baharu Bukan...

KUALA LUMPUR - Budaya UMNO tidak akan sesekali meresap ke dalam Parti Pribumi...

KPM Arah Semua Sekolah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan semua program melibatkan perhimpunan ramai seperti...

Tren MTR Hong Kong Terlewat Sebab Anjing Melintas

BEIJING – Perkhidmatan kereta api Mass Transit Railway (MTR) Hong Kong terganggu hampir sejam di laluan rel bahagian timur pagi 30 Mei selepas pemandu tren tiba-tiba ternampak seekor anjing ‘melintasi’ di landasan.

Menurut laporan akhbar berpengaruh South China Morning Post (SCMP), MTR mengirimkan kicaun Twitter yang menyatakan bahawa insiden itu berlaku sekitar 7.50 pagi dan insiden tersebut menjejaskan teruk laluan berkenaan.

Pengendali kereta api itu, MTR Corporation Limited kemudian mengirimkan satu lagi kicauan di laman sosial yang memaklumkan anjing tersebut dikesan dalam Terowong 1A yang terletak antara stesen Hung Hom dan Mong Kok.

Insiden kali pertama tersebut akhirnya dapat diatasi pada pukul 8.38 pagi. SCMP melaporkan bahawa kejadan aneh itu menyebabkan perjalanan lewat sehingga 30 minit sekali gus menjejaskan ribuan penumpang ke tempat kerja.

Menurut jurucakap MTR, semua pergerakan kereta api itu di laluan sibuk berkenaan terpaksa diperlahankan bagi membolehkan sepasukan kakitangan agensi tersebut untuk menyelamatkan haiwan ‘najis berat’ mughallazah itu.

Tren MTR Hong Kong Terlewat Sebab Anjing Melintas

“Seorang kakitangan melaporkan kepada pusat kawalan operasi MTR supaya memperlahankan kelajuan kereta api tersebut. Kami perlu mengerahkan kakitangan stesen untuk cari haiwan itu terlebih dahulu,” jelas jurucakap MTR.


Beliau juga menambah bahawa tempoh perjalanan dari stesen Hung Hom ke Lu Wo yang hanya jarak sejauh empat kilometer itu terpaksa ditambah kira-kira 15 minit lagi akibat insiden tidak dijangka tersebut, lapor SCMP lagi.

Akhbar itu menyifatkan kejadian tersebut sebagai antara kes paling teruk pada tahun ini sambil menambah bahawa begitu ramai pengguna dilihat terkandas agak lama di stesen Tai Wai yang menghubungkan laluan Ma On Shan.

Bagaimanapun tidak pula didedahkan di mana anjing itu berjaya ‘ditangkap’ tetapi kes ini menimbulkan tanda tanya berhubung tahap keselamatan kawasan MTR yang kurang ketat apabila mampu dibolosi oleh haiwan tersebut.

MTR yang diwujudkan sejak 1979 kini meliputi jarak landasan 220 kilometer dengan 155 stesen membawa hampir lima juta penumpang sehari serta kadar ketepatan masa perjalanan 99.9 peratus. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori