Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kadar Rt Di Kelantan...

PUTRAJAYA - Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Kelantan adalah 1.43 melepasi Rt negara,...

Banjir: Kerajaan Selangor Minta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor meminta penduduk negeri itu melakukan solat hajat selepas...

Dipenjara 218 Tahun, 75...

MUAR: Seorang bapa yang tergamak merogol anaknya sehingga hamil dan melahirkan anak sejak...

Howto Create the Name...

Because this brief post is merely about the best way to start writing...

UniMAP Dikecam Jual Kotak RM15 Kepada Mahasiswa

KECOH apabila dilaporkan penuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dikenakan caj sebanyak RM15 untuk satu kotak yang akan digunakan untuk menyimpan barang-barang sepanjang cuti semester.

Ibu bapa kepada mahasiswa di kampus universiti berkenaan meluahkan rasa kecewa kepada pihak pengurusan universiti susulan pelaksanaan caj tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak bertimbang rasa.

Malah tambah mereka lagi, sepatutnya servis itu tidak dikenakan sebarang bayaran.

“Keputusan pihak UniMAP ini tidak langsung mengambil kira situasi mahasiswa mahasiswi yang menuntut di UniMAP yang berasal dari negeri-negeri jauh,” kata mereka.

Menurut pihak UniMAP menerusi memorandum pada 16 Mei lalu, harga yang dikenakan itu sudah termasuk dengan sewa stor untuk sepanjang cuti semester bagi dua sidang akademik 2015-2016.

Selain itu, pihak ibu bapa mahasiswa terbabit bercadang untuk merujuk perkara tersebut dengan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kerana pihak UniMAP enggan bertolak ansur.

“Disebabkan pihak UniMAP tidak menunjukkan ruangan tolak ansur bersama pihak ibu bapa, maka aduan ini telah kami lanjutkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.


“Kami berharap keputusan dan tindakan yang setimpal wajar akan diambil,” ujar mereka kepada sebuah portal berita tempatan.

UniMAP Dikecam Jual Kotak RM15 Kepada Mahasiswa
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Profesor Madya Dr. Mohd Foad Sakdan

Ekoran bantahan pihak ibu bapa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Profesor Madya Dr. Mohd Foad Sakdan tampil memberitahu bahawa pihaknya telah membuat keputusan menangguhkan pelaksanaan caj itu untuk semester ini.

“Untuk makluman caj penyimpanan barang tidak akan dilaksanakan semester ini. Pihak kolej akan memberikan penjelasan kepada pelajar mengenai isu ini.

“Penangguhan ini dibuat untuk membuat kajian secara terperinci terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan pada semester hadapan, terutamanya meningkatkan ruang penyimpanan yang lebih baik dan selamat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori