PELAKON cantik, Uqasha Senrose dan aktor kacak Hafidz Roshdi terdahulu menggemparkan media sosial apabila kontroversi di antara mereka mendapat liputan luas media tempatan.
Menurut Uqasha kepada sebuah portal akhbar, dia tidak lagi mahu mengenang kontroversi yang melanda dan sedia bekerjasama seandainya digandingkan.
Tambah pelakon ini lagi, dia mementingkan profesionalisme dalam bekerja malah akuinya jujur, tidak ada sebarang isu yang perlu diperbesarkan lagi.
“Bagi saya tidak perlu untuk bermasam muka dan tidak ada isu lagi yang perlu diperbesarkan.
“Malah andai kami kembali digandigkan bersama saya tidak kisah kerana saya lebih mengutamakan kerja dan saya sangat profesional dengan kerja saya,†katanya ketika ditemui dalam satu majlis.
Dalam pada itu, Uqasha turut menjelaskan berat badannya yang susut secara mendadak adalah kerana faktor kerja di samping tempias daripada kontroversi yang melanda dirinya.
“Tidak dinafikan berat saya susut sehingga 44kg. Mungkin kerana faktor kerja yang padat dan ditambah komitmen di dalam teater Ombak Rindu.
“Selain itu, sebagai manusia biasa, saya juga merasa tempias kontroversi yang berlaku. Bagaimanapun saya akan cuba menambah kembali berat saya kepada berat ideal iaitu 50kg,” katanya. – MYNEWSHUB.CC