Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bomba Cedera, Jentera Rosak...

SUBANG JAYA - Seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan...

Pengeluaran KWSP: Pencen Nanti...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak membenarkan pekerja...

Izzah Dakwa Guru Hanya...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendakwa...

Penjara 20 Tahun, Denda...

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) membabitkan Seksyen 41...

Video: Cara Bapa Ini Ajar Anak Disiplin Menangi Hati Netizen

KAEDAH corporal punishment atau memukul anak-anak bagi tujuan mengajar supaya mereka berdisiplin telah menjadi satu topik debat yang hangat sejak dahulu lagi– apakah cara ini efektif agar anak-anak berkelakuan baik, atau sebaliknya?

Walaupun generasi terdahulu mungkin menyokong kaedah ini, namun ibu bapa zaman kini lebih cenderung tidak menghukum anak-anak mereka terlalu berat dengan memukul atau mendatangkan kesakitan kepada tubuh.

Jadi, apa yang patut dilakukan? Ditegur dengan lembut nanti ‘naik lemak’, kalau dipukul lambat-laun dituduh mendera pula.

Kepada ibu bapa yang buntu bagaimana cara terbaik menerapkan sikap baik dan pada masa sama hormat kepada autoriti anda sebagai orang tua, kami ada solusinya– kaedah reverse psychology atau psikologi berbalik!

Seorang bapa di Thailand baru-baru ini memuatnaik video cara dirinya ‘mendisiplinkan’ anak perempuan di Facebook.

Dalam video itu, bapa berkenaan ‘berlakon’ mahu merotan tangan anaknya. Si anak secara automatik menangis ketakutan dan menyatakan dia takut jika bapanya memukul dengan kuat dan menyakitinya.

Selepas beberapa kali bertanya jika kanak-kanak itu mahu dipukul dengan lembut atau kuat, si anak bersedia menerima hukuman, yang akhirnya hanya berupa ketukan perlahan di atas telapak tangannya.


Video tersebut yang dinamakan “Jika anda sayangkan lembu tambatlah ia dan jika anda sayangkan anak, ajarkan dia disiplin” itu telah menerima respon positif netizen yang memuji tindakan itu sebagai ‘bijak’ dan ‘berperikemanusiaan’.

Kami turut kagum melihat teknik yang dipraktikkan bapa berkenaan.

Dalam usaha mengajar anak supaya berkelakuan baik dan tahu apakah akibat jika melakukan kesalahan, pada masa sama si bapa masih mengekalkan sifat timbang rasa dan penyayang terhadap anak kecilnya itu. - MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori