SEORANG wanita bangun dari tidur dengan pemandangan yang sangat menyeramkan apabila melihat tiga ekor singa betina sedang menjilat khemah tempat tidurnya.
Ketiga-tiga singa Afrika itu dilaporkan kehausan dan hanya menjilat bahagian luar khemah kerana terdapat titisan air hujan yang membasahi khemah tersebut.
Kejadian itu berlaku ketika Fancie Francisca Lubbe sedang mengembara bersama-sama rakannnya, Danie, di Mabuasehube Game Reserve, Botswana.
Lubbe dan Danie berani melihat gelagat singa berkenaan dan merakam pengalaman tersebut walaupun berada pada jarak beberapa meter sahaja dengan singa yang sedang kehausan itu.
“Ini merupakan pengalaman yang sangat menarik. Kami terjaga dari tidur apabila mendengar bunyi pelik di luar khemah kami.
“Kami melihat tiga ekor singa betina berada di luar khemah dan hanya jaring yang memisahkan kami dengan singa tersebut.
“Danie sempat lagi merakan video dengan bergitu tenang dan cool!” tulis Lubbe dalam kapsyen video yang dimuat naik menerusi YouTube.
Tapak berkhemahan yang disediakan di Mabuasehube Game Reserve terletak di dalam Taman Transfrontier dan ia memang tidak mempunyai pagar dan pihak mereka memberikan amaran, pengunjung mungkin akan ‘berjumpa’ dengan haiwan buas di dalam dan sekitar kawasan perkhemahan.
Menerut Lubbe, dia dan rakannya tidak menyembunyikan diri setelah melihat singa-singa tersebut berada hampir dengan khemah mereka.
“Jangan kacau mereka, dan meraka akan membiarkan anda,” kata Lubbe kepada USA Today. -MYNEWSHUB.CC