Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pelik NUFAM Tidak Diiktiraf...

MEREKA langsung tidak termasuk dalam sembilan kesatuan yang diiktiraf Malaysia Airlines (MAS) sejak...

Bekas Senator Akbar Ali...

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Dewan Negara, Datuk Akbar Ali kembali ke rahmatullah...

Helikopter TLDM Mendarat Cemas

LUMUT - Sebuah helikopter jenis Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa...

“Tiada Siapa Berani Lawan...

PUTRAJAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah banyak mencapai kejayaan sepanjang mengambil alih...

Video: Pelanggan Fareeda Berasak Lagi, Kali Ni Demi Kopi Free!

BARU sahaja reda kontroversi video ‘serangan’ tudung Fareeda, nama pasangan Fizo Omar dan isterinya, Mawar Fareeda sekali lagi hangat diperkatakan apabila dilihat membiarkan orang ramai berasak-asak berebutƃā€šĆ‚Ā lagi, di premis tudung mereka.

Kali ini, kopi percuma yang ditawarkan pula dikatakan jadi punca.

BACA:ƃā€šĆ‚Ā Wardina Tegur Usahawan Tudung Layan Pelanggan Macam Lembu

fizo kopi percuma

Difahamkan, kopi percuma itu diberi untuk menarik perhatian pelanggan bagi mendapatkan nombor giliran untuk koleksi terbaharu keluaran Fareeda yanag bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Rakaman insiden tersebut kini tersebar meluas di laman sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan beratus-ratus pelanggan berasak-asak di luar pagar yang dikawal oleh pasukan RELA.

Bagaimanapun, ada antara mereka telah bertindak ganas untuk masuk ke kawasan kilang Fareeda Group dengan merempuh anggota RELA, sehingga adaƃā€šĆ‚Ā yangƃā€šĆ‚Ā tertanggal tudung dan terhimpit di celah pagar.

Insiden tersebut sekali lagi mengundang kemarahan netizen yang berpendapat Fizo tidak pernah serik memperlekehkan para pelanggannya dan langsung tidak mengambil iktibar kejadian terdahulu.

“Bodoh je Fizo Omar ini. Tak habis-habis publisiti murahan. Upload video orang nak kopi,” tulis Haafiza Maamor.

“Baru lepas tengok video orang berebut kopi. Memang Fizo dan Mawar suka tengok pelanggan diaorang berebut lelaki perempuan kot. Tak serik tu,” tulis Erin Farina.

Terdahulu, video viral memaparkan pelanggan Fareeda berebut lelaki perempuan demi mendapatkan nombor giliran membeli tudung terbaharu Fareeda dengan harga lebih murah telah mencetuskan sensasi internet dan dikecam hebat netizen.


Pengacara Wardina Safiyah antara yang menegur insiden berkenaan dan meluahkan perasaan kesal kerana ia menampakkan seolah-olahƃā€šĆ‚Ā pelanggan dilayan seperti lembu.

Jelas Wardina, ada bermacam-macam cara lagi boleh dilaksanakan untuk mengelak insiden sebegitu seperti pendaftaran secara online, email, dan meningkatkan bilangan stafƃā€šĆ‚Ā ketika pemberian nombor giliran dibuat.

Video yang mencetuskan kecaman ituƃā€šĆ‚Ā jelas memperlihatkan ribuan pembeli kelihatan bersesak-sesak danƃā€šĆ‚Ā berhimpit antara lelaki dan perempuan untuk mendapatkan tudung terbaharu.

BACA:ƃā€šĆ‚Ā Aksi Mawar Fareeda Ketika Pelanggan Berebut Undang Kritikanƃā€šĆ‚Ā 

KOPI FIZO

Lebih panas, gelagat Mawarƃā€šĆ‚Ā yang memegang kepalanya dan meluahkan perasaan ‘ala-ala’ terkejut campurƃā€šĆ‚Ā seronok melihat orang ramai berpusu-pusu merebut nombor giliran dalam video itu turut dikritik.

Dalam pada itu, Fizo menafikan kejadian berhimpit seteruk sebelum ini berlaku lagiƃā€šĆ‚Ā dan menyifatkan ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja memanaskan keadaan.

Bagaimanapun, penjelasan aktor popular itu dianggap ramai netizen seakan tidak selaras dengan apa yang diperlihat menerusi video viral berdurasi 16 saat itu.ƃā€šĆ‚Ā – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori