NGERI dan sadis… Kisah kematian seorang gadis berusia 18 tahun bernama Enno Faridah kini menjadi perbualan paling hangat diperkatakan di Indonesia.
Enno maut dalam keadaan menyedihkan apabila ditemui mati dalam keadaan bogel dan berlumuran darah selain, sebatang cangkul tertusuk di dalam kemaluannya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 13 Mei lalu ini, mangsa dipercayai dirogol sebelum dibunuh.
Menurut Tribune News, mayat mangsa ditemui di rumahnya di Tengerang, Indonesia kira-kira jam 9 pagi oleh rakan sekerjanya.
“Mangsa hari itu tidak masuk kerja. Tiga orang rakannya, Fitroh, Eroh dan Novi, kemudian pergi ke rumah Enno sebelum mendapati keadaan di luar rumah mangsa dalam keadaan berselerak.
“Setelah membuka pintu rumah mangsa, mereka mendapati Enno sudah tidak bernyawa. Tubuh mangsa ditutupi bantal dan baju mangsa.
“Manakala, sebatang cangkul dilihat berada dalam kemaluan mangsa,” kata pihak berkuasa.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.
Sementara itu, pihak polis berjaya menahan tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini termasuklah teman lelaki mangsa serta dua rakan lelaki itu.
Hasil soal siasat, teman lelaki mangsa yang dikenali sebagai Rar mengaku bertindak sedemikian gara-gara berang ajakannya untuk melakukan hubungan seks ditolak seterusnya dihalau dari rumah.
Mereka dikatakan menyerbu rumah seterusnya merogol mangsa sebelum bertindak diluar kawalan dengan memasukkan batang cangkul dalam alat sulitnya.
Berdasarkan laporan polis, batang cangkul itu ditusuk sepanjang 60 cm ke dalam kemaluan Enno ketika mangsa masih hidup hingga menembusi paru-parunya. – MYNEWSHUB.CC
Gadis Maut Ditonyoh Batang Cangkol Dalam Kemaluan oleh mynewshub