Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Pasangan Suami...

KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas 48 ketulan mampat...

Petronas Pasang Dandang Haba...

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memasang dua dandang haba sisa...

CAP Sokong Larangan Merokok...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong penuh langkah Kementerian Kesihatan...

Rangka Lelaki Dijumpai Di...

KOTA BHARU - Satu rangka manusia, yang dijumpai tertanam sedalam 0.5 meter di...

Video: Penguatkuasa Singapura Maki Pemandu Malaysia

“SAYA nak awak minta maaf dulu, baru saya bagi jalan.”

Itu antara perkataan yang dilaungkan seorang pegawai imigresen Singapura terhadap seorang rakyat Malaysia yang dikatakan bersikap kurang ajar dengan mencampak pasportnya kepada pegawai tersebut.

Pegawai itu berulang kali menjerit mengarahkan si pemandu untuk meminta maaf sebelum dia membenarkan kenderaan itu memasuki kota Singa.

Kebanyakan netizen di Singapura menyifatkan tindakan penguasa itu tidak salah kerana pastinya pemandu itu telah memprovoknya terlebih dahulu sehingga naik angin seperti yang dapat disaksikan menerusi rakaman video berdurasi lebih satu minit itu.

Walau bagaimanapun, ada juga yang kurang bersetuju dengan sikap tidak profesional pegawai tersebut yang mengikut emosi dalam menjalankan tugasnya.


Sebaliknya, dia perlu mencerminkan imej profesional walaupun mungkin dicabar oleh pemandu terbabit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori