Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Virus Polio Datang Dari...

PUTRAJAYA - Punca jangkitan virus polio dialami seorang bayi lelaki berumur tiga bulan...

Isu Ketiak Di’edit’, Priyanka...

SELEPAS kecoh mengenai isu ketiak pelakon Bollywood, Priyanka Chopra, yang dikatakan telah diedit...

Kesemua Pemancing Bot Karam...

LANGKAWI - Pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)...

Kombinasi Pengalaman Pelbagai Bidang,...

BARISAN Kabinet baharu yang diumumkan hari ini dianggotai tokoh politik berpengalaman, teknokrat dan...

Video: Pihak Berkuasa China Pukul Orang Awam Jadi Viral

TIADA ihsan atau belas kasihan, tujuh orang pekerja yang bertugas di sebuah tapak perobohan di daerah Hainan, China, telah bertindak di luar batasan apabila mereka memukul beberapa orang awam yang juga penduduk kawasan itu.

Diiringi dengan suara tangisan dan jeritan sayu, video insiden yang berlaku di sebuah perkampungan dalam bandar Haikou itu merakamkan detik-detik menyayat hati di mana beberapa orang penduduk kampung dilihat sedang menggigil ketakutan sambil merapatkan tubuh mereka ke dinding serta cuba melindungi tubuh mereka daripada pukulan bertalu-talu oleh para petugas tersebut dengan menggunakan baton dan cota.

Susulan video kejadian itu menjadi viral dan mencetuskan kemarahan orang ramai, pihak pentadbiran tempatan telah bertindak pantas dengan mengemukakan permohonan maaf kepada semua penduduk kampung tersebut dalam satu sidang akhbar yang diadakan Sabtu lalu.

Selain itu, mereka turut mengumumkan bahawa kesemua tujuh orang petugas yang terlibat dalam kekerasan fizikal tersebut telahpun ditahan untuk soal siasat manakala ketua kru tapak perobohan itu sudah digantung kerja.

VIDEO: Pihak Berkuasa China Pukul Orang Awam Jadi Viral

Menurut laporan Tencent, sebelum insiden tersebut berlaku, penduduk kampung tersebut telah menjual tanah kebun mereka untuk memberi jalan kepada pembangunan. Namun, bangunan yang didirikan itu tidak mendapat pengesahan pihak berkuasa, dan sebuah kumpulan petugas telah dilantik oleh pihak kerajaan tempatan untuk merobohkan bangunan tersebut.

Bagaimanapun, penduduk kampung tersebut tidak akan membiarkan bangunan-bangunan itu dimusnahkan begitu sahaja: mereka telah mengambil keputusan untuk menyerang para petugas itu dengan membaling objek-objek keras seperti batu-bata, yang kemudiannya menimbulkan kemarahan pihak peroboh itu.


Video rakaman insiden tersebut telah menerima kritikan daripada para netizen, dengan rata-rata daripada mereka menyalahkan pihak berkuasa secara 100%, memetik laporan portal berita Shanghaiist.

“Digantung jawatan? Ditahan? Mereka ini sepatutnya di hukum mati,” komen seorang netizen.

“Penduduk kampung tersebut sepatutnya dibenarkan untuk memukul mereka sehingga patah riuk sebagai hukuman,” kata yang lain.

“Negara jenis apakah ini, sanggup biarkan perkara sebegini berlaku? Di manakah pihak polis?” kata seorang lagi pengguna Weibo. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori