TINDAKAN prank adakalanya boleh mencetuskan amarah, namun prank yang berlaku kepada wanita bernama Fara Halim mungkin dicemburui oleh mana-mana isteri yang lain.
Apa tidaknya, suami Fara, Azhar Jalil telah membuat satu kejutan yang paling tidak disangka-sangka untuk destinasi bulan madu mereka.
Pada awalnya Azhar memberitahu isteri bahawa mereka akan ke Pulau Langkawi, Kedah tetapi sebenarnya dia merancang membawa wanita itu ke pulau tercantik di dunia, Maldives.
Perkara itu didedahkan ketika mereka tiba di KLIA, iaitu sebelum bertolak ke Maldives.
Reaksi wajah Fara yang teruja apabila dimaklumkan turut direkod oleh suaminya.
Video tersebut sekali gus menjadi viral dan rata-rata memuji Azhar sebagai suami yang romantis dan penyayang.
Difahamkan, kejutan ini dilakukan Azhar sebagai balasan kerana isterinya banyak berkorban selama ini.
Jom kita tengok aksi pasangan yang terlajak sweet ini.. – MYNEWSHUB.CC