RAKAMAN video seorang individu mendakwa tepung gandum jenama popular yang dibelinya baru-baru ini mengandungi puluhan ekor ulat, mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Video amatur pendek berdurasi 35 saat yang dimuat naik di halaman Facebook Wartawan Jalanan menunjukkan, suri rumah berkenaan menapis tepung gandum sehingga menampakkan ulat.
“Dalam tepung gandum ada ulat. Harap selepas ini, tapis dulu tepung sebelum guna,” tulis kapsyen video tersebut.
Di ruangan komen, netizen khususnya golongan wanita tidak menolak kemungkinan tepung yang digunakan telah tercemar akibat terlalu lama disimpan.
“Kenapa ramai yang marah ni…tepung lama memang la masuk natang ni… tepung tu tak guna pun tapi kalau simpan lama memang ada la makhluk tumpang tinggal…bukannya kuar dari kilang dia packing sekali dengan ulat,” komen Baldi Biru.
“Tepung lama, bubuk dah beranak pinak…dalam beras pun ada boh.  Biaso la tu.. *akun sangat kot,” tulis Senddoss Shepphieaz.
“Dari umur 14 tahun mak dah ajar tapis tepung, apa motif sebenar vid ni eh? Nak jatuhkan brand tu atau kedai yg jual tepung tu eh? Tepung ke, beras ke, kalau dah lama memang lah ada ulat atau kutu masuk, tu pun nk viral?” kata Afifah Khairuddinn.
Bagaimanapun, pengguna Facebook Farra Ellyana menegur segelintir netizen yang mengecam tindakan pemuat naik video berkenaan yang mana menurutnya, niat perakam hanya ingin mengingatkan pengguna, bukan menjatuhkan jenama produk tersebut.
“Sabar akak akak semua, dia cuma berhati-hati je. Kan dia kata sebelum ape ape tapis dahulu. Peringatan saja. Jangan la smpai kecam macam tu sekali. Ni bukan sikap Melayu kita, mempersendakan kaum sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC