SEORANG wartawan wanita dari saluran TV RT dilempang ketika sedang melakukan lintas langsung demonstrasi di Paris, Perancis baru-baru ini.
Wartawan tersebut, Anna Baranova dilempang orang awam ketika sedang memberikan butiran lanjut mengenai perarakan tersebut.
Demonstrasi itu dilakukan sempena pergerakan Nuit Debout yang tidak bersetuju dengan langkah mahu mengubah akta pekerja di sana.
Walaupun ‘diserang hendap’ namun Anna tetap profesional meneruskan tugasnya memberi laporan tentang perkembangan semasa kepada penonton. – MYNEWSHUB.CC